Wednesday 9 January 2013

all about sagu

kata Menteri Muda Pertanian (Ekonomi Rumah Tangga dan Latihan) Datin Fatimah Abdullah.
Beliau berkata, Sarawak me-rupakan pengeksport tepung sagu terbesar dunia dengan eksport tahunan sebanyak 25,000 hingga 50,000 tan metrik ke Semenanjung Malaysia, Jepun,Taiwan, Singa-pura dan lain-lain.
Permintaan tepung sagu di pasaran antarabangsa ujar beliau, sentiasa meningkat memandangkan ia mampu di-manfaatkan untuk pelbagai kegunaan
Jika dahulu, sagu hanya menjadi makanan tradisi kaum Melanau tetapi hari ini, ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain termasuk per- ubatan,” katanya.
sepohon rumbia boleh menjangkau RM70.
Harga tepung sagu di pasa-ran antarabangsa pula kata-nya, juga semakin meningkat dengan RM140 satu tan metrik pada 1970 kepada RM1,239 bermula Mac 2008.
Menurutnya, keluasan kawasan Sarawak yang ditanam dengan rumbia ialah 67,957 hektar dan 43,426 hektar ditanam oleh pekebun kecil dan 24,531 hektar oleh estet.
“Dalat mempunyai 28,745 hektar luas kawasan kebun rumbia dan mempunyai empat kilang yang menghasilkan tepung sagu yang dieksport ke Semenanjung Malaysia, Jepun, Singapura, Taiwan,” katanya.
“Manakala, dari segi kegunaannya pula, ia boleh dijadi-kan makanan berasaskan sagu, produk bukan berbentuk ma-kanan seperti ‘adhesives polyester plastics,’ enzim, produk farmaseutikal dan kosmetik.
Melihat potensi sagu dalam bidang komersial, Kerajaan Negeri turut menyenaraikan produk industri desa itu dalam barisan produk ‘Sarawak Best.’
‘Sarawak Best’ yang wujud sejak September 2006 merupakan program untuk meningkatkan mutu produk industri desa.

alt

Pengusaha Sagu Lemantak

Melihat kepada potensi makanan sagu yang boleh menghasilkan pendapatan yang baik, Pon Itam memberanikan diri  mencuba  menghasilkan lemantak secara serius sejak lebih lima tahun lalu.  Bermodalkan wang kira-kira RM300.00 pada tahun 2004, Pon Itam meneruskan tradisi keluarganya yang pakar menghasilkan sagu lemantak. Menceritakan pengalamannya , Pon memberitahu, untuk menghasilkan lima tin lemantak, beliau memerlukan lima kilogram tepung sagu yang dibeli dengan harga RM70.00.  Selain  itu, bahan-bahan utama lain yang diperlukan termasuklah 85 biji kelapa tua, dua kilogram hampas padi dan empat bungkus garam yang masing-masingnya seberat 150 gram.
Proses membuat sagu dimulakan dengan menjemur lebih separuh daripada jumlah kelapa tua yang telah diparut sehingga kering dan digoreng tanpa minyak hingga  garing. Seterusnya, kelapa kering itu dikisar di kedai berdekatan sehingga menjadi kerisik. Kemudian, 30 biji buah kelapa diparut untuk mendapatkan perahan santan pekat lalu dimasak hingga mendidih. Hampas padi yang telah dibeli daripada pembekal-pembekal tempatan  dengan harga RM3.00 sekilogram diayak berulang kali untuk mendapatkan tepung hampas yang sangat halus. Setelah semuanya disiapkan, kerisik dan air santan  dibawa ke rumah balanga (rumah khas yang dibina untuk membuat sagu) untuk proses seterusnya. Di rumah ini,  proses mengedoh akan dilakukan dengan mencampurkan  tepung lemantak, kerisik, tepung hampas  padi,  santan dan garam.
Kemudian, adunan doh tadi diayak di dalam gaah (alat khas yang dianyam menggunakan  daun pokok nipah) dan digelek menggunakan takung (acuan khas yang diperbuat daripada batang pokok buluh) lalu   dimasak di dalam belanga khas yang diperbuat daripada tanah liat.  Proses memasak dimulakan dengan memanas belaga tanah selama dua jam. Selepas itu, barulah sagu dimasukkan ke dalam bekas tersebut dan digoreng tanpa minyak selama setengah jam. Biasanya, kerja-kerja memasak dilakukan di dapur kayu yang telah dibuat khas dan selalunya untuk sekali masakan, Pon memerlukan lebih 25 batang kayu api yang dibeli  dengan harga RM0.50 sebatang. Sagu-sagu yang telah masak akan disejukkan terlebih dahulu sebelum dimasuk ke dalam tin yang telah disediakan.  Setiap satu tin boleh menempatkan 12 kilogram biji sagu dan dijual dengan harga RM60.00.  Sagu yang ditimbang seberat satu kilogram dimasukkan ke dalam beg plastik dan dijual dengan harga RM7.00 sekilogram.
Biasanya, sagu yang telah ditinkan akan dibeli oleh pemborong-pemborong sagu dari kawasan Mukah, Dalat, Oya dan Kuching yang datang ke rumah Pon.  Manakala sagu yang telah dimasukkan ke dalam plastik akan dibeli oleh penduduk tempatan.  Sekali jualan, anak tempatan Kampung Medong ini  mampu memperoleh keuntungan bersih sekitar RM150.00. Jika bekalan kelapa yang berharga RM0.10 sebiji dibekalkan kepadanya mencukupi, Pon boleh menghasilkan  10 tin  makanan sagu  dalam tempoh masa  seminggu.  (Kemas kini: 27 Ogos 2009 - Oleh: Noraini Mahyan)



Sagu Kampung Medong

Jenama Sagu Medong yang diusahakan oleh Masinah Paris dari Kampung Medong Dalat telah dipamerkan di Karnival Balau Dalat yang diadakan pada 3 Julai hingga 5 Julai 2009 lalu. Karnival yang diadakan di Stadium Perpaduan Dalat itu bertujuan mempromosikan produk yang dihasilkan  daripada pokok rumbia seperti bebola sagu, snek tebaloi serta hasil kraf tangan.
Setakat ini, hanya jenama Sagu Medong yang layak menerima  pengiktirafan 'Sarawak Best'. Produk tersebut diusahakan oleh Masinah Paris, wanita gigih yang berasal dari Kampung Medong, Dalat. Perusahaan sagu tersebut diwarisi oleh Masinah daripada keluarganya sejak zaman remaja lagi. Masinah pernah menghadiri beberapa kursus bagi meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti produk yang beliau hasilkan.  Selain itu, galakan dan dorongan yang diperoleh menerusi kursus-kursus yang dihadiri telah memberi semangat kepada beliau untuk bersaing dengan pelbagai keluaran lain di pasaran.
Sagu yang dihasilkan oleh Masinah terkenal dengan keunikan rasa yang tersendiri hasil daripada resipi istimewa ciptaan keluarganya sejak turun-temurun. Keistimewaan resipi tersebut telah menarik minat   Jabatan Pertanian Negeri Sarawak untuk membina sebuah pusat pemprosesan sagu di Kampung Medong. Pusat pemprosesan yang menelan belanja sebanyak RM75,000 itu telah dibuka secara rasmi oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Datin Fatimah Abdullah, pada 5 Julai 2009 lalu. (Kemas kini: 15 Julai 2009 - Oleh: Siti Hazilah)




Sagu Terbaik Sarawak

Bidang keusahawanan belum lagi berkembang  pesat di kampung ini. Namun begitu perniagaan membuat sagu dilakukan dengan giatnya di kampung ini oleh penduduk kampung ini. Sagu akan dijual di seluruh bahagian Mukah dan kadang-kadang mendapat tempahan dari luar.   Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sagu ialah kelapa, kacang dan hampas padi. Terdapat beberapa jenis sagu yang dihasilkan oleh penduduk di sini seperti sagu kelapa, sagu kasam dan sagu bubur.
Sambutan pelanggan terhadap sagu dari Kampung Medong sangat menggalakkan kerana mempunyai rasa yang berbeza daripada sagu di tempat lain. Hasil yang diperoleh daripada jualan sagu ini biasanya bergantung kepada permintaan pelanggan.sumber=http://telecentre.my/kampungmedong/index.php/ms/keusahawanan.html?showall=1